“Lelaki Muda Macam Budak” – Leona Akui Suka Lelaki Berusia, Botak

Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona berkata dia lebih tertarik dengan lelaki berusia serta berpenampilan botak.

Menerusi perkongsian di TikTok, Leona turut tertanya-tanya mengapa dia tertarik dengan lelaki berusia serta tidak berminat dengan lelaki sebaya atau lelaki muda.

BACA: Leona Minta Bapa Doakan Dapat Jodoh Terbaik Di 10 Malam Akhir Ramadan

@leonathe2nd

????????

? original sound – le yoooooooo na – le yoooooooo na

“Korang, tolong beritahu saya kenapa jenis lelaki yang saya suka lelaki berusia dan botak. Bila saya tengok lelaki muda, saya tak tertarik kepada mereka.Saya berfikiran mereka hanyalah kanak-kanak,” katanya.

Sementara itu, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu berkata dia melalui satu malam yang gila namun enggan berkongsikan lebih lanjut.

“Saya mempunyai malam yang ‘gila’. Saya hanya terkejut dengan apa yang berlaku,” katanya.

Perkongsian Leona itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen bahawa ada dikalangan mereka yang turut mempunyai ‘taste’ seperti pempengaruh berkenaan.

×