“Lelaki Culas Nafkah Anak Patut Di Hukum Penjara” 

Pelakon Isa Khan tampil bersuara mengenai isu lelaki yang culas dalam memberikan nafkah kepada anak selepas bercerai.

Menerusi hantaran di Threads, Isa berpendapat lelaki yang menculas nafkah sepatutnya di hukum penjara kerana mengabaikan tanggunjawab. 

BACA: “Rasulullah Ajar Adab Terhadap Makanan” – Isa Khan Tegur Jojo Label Khunafa ‘Makanan Sampah’

Menurut Isa, disebabkan tidak melunaskan nafkah menyebabkan ibu dan bekas isteri yang terpaksa bersusah payah membesarkan anak seorang diri.

“Lelaki yang culas nafkah anak sepatutnya di hukum penjara. Betapa banyak ibu tunggal kat luar sana yang struggle gila untuk besarkan anak kau, darah daging kau. Dasarrr jantan,” tulisnya.

Perkongsian Isa itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pandangannya itu. Malah, netizen turut mengatakan lebih kesal apabila si ibu dihina kerana meminta duit nafkah anak daripada bekas suami. 

×