fbpx

“Lebih Baik Jadi Kawan, Biar Jodoh Tentukan”

Selepas dilanda badai pertelingkahan hubungan bersegi-segi yang kami pun pening sebenarnya ia bermula, Emma Maembong melalui Harian Metro menjelaskan bahawa dia dan Kamal Adli kini hanyalah sebagai kawan.

BACA: Kamal Adli Tidak Akan Putus Asa Pujuk Emma

“Saya rasa lebih baik kami berkawan. Seperti yang pernah saya nyatakan dulu, antara kami biar jodoh yang tentukan. Walaupun kelak Kamal bukan suami mahupun kekasih saya, tetapi saya tidak akan kehilangan dia kerana kami masih boleh terus berkawan”

“Saya sendiri senang begitu. Malah umum menyedari saya tidak pernah bermusuh atau memutuskan hubungan dengan semua bekas kekasih saya termasuk Zizan Razak,” jelasnya. Tambah Emma dalam masa yang sama, mereka masih lagi berhubung.

Cuma apa yang membezakan hubungan mereka ketika ini adalah tiadak lagi panggilan di setiap pagi dan ‘bergayut’. Apa yang tinggal kini hanyalah bertanya khabar.

“Begitupun, sebagai kawan bagaimana saya sering meluahkan perasaan saya pada Kamal begitu juga dengan Kamal turut melakukan perkara sama. Kami berdua tidak punya halangan walaupun hubungan tidak seperti dulu,” ujarnya. (rtky/s)