Tahniah diucapkan buat isteri Shuk Sahar iaitu Fara Salleh yang selamat melahirkan cahaya mata sulung pada 26 Jun lalu.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Fara di Instagram miliknya sebentar tadi telah pun selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.1 kilogram yang diberi nama Elaine Nada.

BACA: Fara Salleh Mohon Kerjasama Shuk, Mahu Anak Berbintikan Nama Bapanya

Menerusi hantaran itu juga, Fara berkongsikan dia ditahan di hospital lebih awal kerana bayi dalam kandungan mengalami masalah sehingga. terpaksa melahirkan secara pembedahan kerana bayi hampir lemas di dalam perut.

“Awal datang untuk check up. Tapi doc advice masuk wad sebab air ketumban dah mula kurang dan baby kurang berat badan sebab masalah uri. 

“Doc plan emergency czer sebab baby dah nak lemas. Nak czer aku plak demam panas yelah 2 hari dah tahan sakit. End up kene czer jugak jam 5.30pm masuk OT and Alhamdulillah.

“Keluar lah Elaine Nada dengan cara czer.. tapi both of us tak dapat sama sebab baby terus masuk wad sebab air ketumban dah berkuman (demam) aku masuk antibiotics lepas tu warded lebih kurang 5 hari lepas tu.. sama jugak dengan baby,” katanya.

Sementara itu, Fara turut kagum dengan perjalanan yang hidupnya berjaya melalui fasa kehamilan sendirian serta melahirkan cahaya mata tanpa suami di sisi.

“Alhamdulillah aku dan Elaine Nada berjaya lalui fasa mengandung seorang, melahirkan anak sorang sorang tanpa ada bayang seorang lelaki. Hebatnyaaa Fara Salleh. Ohh ya.. tiger pergi betul betul 2 hari selepas aku bersalin, binatang pun faham sanggup teman aku sampai aku selamat melahirkan,” katanya.

×