Baru-baru ini kenyataan pempengaruh media sosial, DMA Islam dikecam ramai apabila menganggap kursus pengajian seperti komunikasi media, teater, muzik dan seni tari pengajian paling bodoh untuk diambil pelajar.

Kenyataan tersebut bukan saja menimbulkan rasa kurang senang netizen malah pelakon Nadia Brian turut hilang sabar dengan kenyataan yang disifatkan sangat kurang ajar.

BACA: “Tahun Lalu Banyak Tertinggal” – Nadia Brian Tak Mahu Terlepas Solat Tarawih

Memetik mStar Online, Nadia berkata disebabkan kenyataan tersebut boleh membuatkan mereka yang baru habis SPM merasakan tidak penting untuk masuk ke universiti sert melanjutkan pelajaran.

“Awak ini memang kurang ajar. Sangat-sangat kurang ajar. Saya mewakili penggiat seni semua, meminta supaya dia ini membuat permohonan maaf.

“Pada awalnya saya tidak kenal dia. Saya memang terkejut tengok video ini sebab dianggap menghina struktur universiti. Ini membuatkan pelajar lepasan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) rasa tidak penting untuk masuk universiti.

“Mulut jangan terlalu lancang. Mungkin orang tidak pernah nampak saya marah. Tetapi kali ini saya sangat marah. Tidak perlu cari konten jijik,” katanya.

Sementara itu, Nadia turut menuntut supaya individu berkenaan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan kenyataan berkenaan.

SUMBER: mStar Online

×