fbpx

“Kurang Dapat Sambutan, Rumah Kueh Tutup”

Pernah menjadi perhatian kerana ada pihak yang tidak berpuas hati dengan harga yang dikenakan di restoran miliknya, Rita Rudaini baru baru ini melalui mStar Online menyatakan bahawa Rumah Kueh sudah pun ditutup. Namun Rita mempunyai sebab tersendiri bertindak sedemikian.

BACA: “Anak Saya Tak Pernah Pergi Bazaar Ramadhan”

“Sebenarnya keputusan saya menutup restoran itu bukan kerana ada apa-apa masalah sebaliknya kontrak menyewa premis itu sudah pun tamat baru-baru ini. Antara alasan lain saya tidak menyambung kontrak kerana pelanggan tidak ramai memandangkan kawasan itu bukannya tumpuan orang kerana ia masih baru”

“Biarlah saya berehat sekejap tambahan pula jadual saya padat dengan penggambaran selepas hari raya nanti dan ingin fokus kepada lakonan pula. Saya pun tidak mahu tergesa-gesa kerana sekarang pun banyak sangat perkara yang saya lakukan dalam satu masa,” katanya.

Bagaimanapun menurut pelakon wanita ini, perniagaan yang diusahakannya itu akan kembali namun dia enggan tergesa gesa dan ingin mencari lokasi yang benar benar sesuai. (rtky/s)