Kebelakangan ini memang sudah jarang melihat Elfira Loy berlakon di kaca televisyen, sebaliknya sering dilihat beliau terlibat dalam program keagamaan. Menurut Elfira, sudah banyak tawaran berlakon ditolak kerana merasakan bidang pengacaraan lebih sesuai dengannya.

BACA: Elfira Loy Bengang Dituduh ‘Desperate’

“Bukan tak nak berlakon atau sudah meninggalkan bidang lakonan, tapi banyak lagi kerja lain yang terpaksa saya buat kini. Saya pernah juga cuba berlakon, tapi saya rasa tak enjoy apabila berada di set penggambaran dan cepat penat. Jadi, saya ambil keputusan fokus pengacaraan buat masa ini”

“Bidang lakonan itu dibuat bila betul-betul ada masa bersesuaian. Biasanya saya beri talk dengan kementerian, badan kerajaan dan persendirian. Ia lebih terarah pada beri inspirasi kepada orang lain mengenai hala tuju perniagaan dan pengurusan masa,’ katanya kepada Sinar Harian.

Biarpun tidak berlakon, namun Elfira memberitahu jadual hariannya sudah padat diisi dengan undangan ceramah mengenai peniagaan yang selalunya dibuat di luar Kuala Lumpur. Manakala di masa lapang pula, Elfira lebih seronok melakukan bidang pengacaraan berbanding berlakon.

Sementara itu, Elfira tidak kisah andai peminatnya merasakan beliau sudah beralih lebih ke arah keagamaan berbanding dahulu kerana beliau ingin menjadi seornag yang versatil. Sebagaimana umurnya yang masih mudah juga, Elfira selagi boleh ingin mencuba pelbagai bidang. (rtky/w)