Walaupun kisah kegagalan rumahtangga bersama Anang sudah hampir 5 tahun berakhir, namun segelintir pihak masih lagi bercakap mengenai perkara tersebut. Krisdayanti tidak menyalahkan sesiapa kerana lumrah orang akan berkata selagi mereka tidak dapat apa yang diingini.
Jelas KD, dia selesa dan bahagia dengan kehidupan yang dimiliki bersama suami dan 4 orang anak. Dua hasil perkongsian hidup bersama Anang dan dua anaknya bersama Raul Lemos. Dia tidak mahu ambil peduli kata kata orang terhadap dirinya.
“Saya sudah selesa dengan kehidupan kini. Saya bukan seorang yang senang kecil hati apatah lagi punya perasaan yang tidak baik. Saya orangnya positif. Bukan saya tak peduli bila orang berkata tidak baik pasal saya. Saya dengar dan saya syukur kerana Allah duga saya. 10 orang berkata tak baik berkenaan saya, 1000 orang lagi menyayangi saya”
“Saya tidak akan berputus asa. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Bagi saya, saya tidak melakukan sesuatu yang jelik. Takdir saya memang begini. Malah perpisahan saya dengan Anang juga sudah takdir. Saya dan Raul juga adalah takdir rezeki dari Allah”
Berkata tentang hubungan bersama Anang, hubungan mereka baik. Malah KD bersyukur Anang dikurniakan isteri yang baik. Hubungan KD bersama isteri Anang juga baik.
Tambah KD, sebelum ini di program Indonesian Idol terjadi sedikit salah faham apabila Ahmad Dhani menjadikan kisah silamnya sebagai bahan gurauan tanpa berfikir kesan yang akan dihadapi oleh anak-anak KD yang sering menonton.
“Kelmarin, sesuatu berlaku apabila Ahmad Dhani menjadikan gurauan tentang affair dulu. Setelah lima tahun masalah itu berlalu dan selesai. Saya fikir itu adalah tidak elok”
KD meluahkan rasa tidak senang nya kepada Raul dan dia bersyukur kerana dikurniakan lelaki yang bukan sahaja seorang suami tetapi teman rapat untuk mengadu dan bergantung pada apa situasi sekalipun dan menjadi seorang suami yang sanggup membela dia dan keluarga.
“Saya ceritakan pada Raul. Dia lalu bersemuka dengan Ahmad Dhani. Kami ada anak-anak yang sedang meningkat dewasa. Anak-anak akan menonton dan akan beri tempias pada mereka. Kita sebagai orang tua harus bijak dengan tidak berkata yang tidak enak”
Namun kini hubungan KD dan Ahmad Dhani sudah kembali jernih dan sedia kala. KD juga tidak mahu memanjangkan kisah kerana bagi KD, perkara yang melibatkan hal peribadi mungkin memakan sedikit masa untuk pulih.
“Mungkin orang diluar sana fikir saya ni diva jadi saya harus kelihatan sentiasa sempurna. Saya juga manusia biasa yang kadang-kadang buat silap. Jadi tolonglah jangan benci sesuatu yang kamu tidak tahu jalan ceritanya,” tambahnya lagi. (rtky/bsr)