Nampaknya belum berkesudahan lagi isu tidak majlis ke majlis sekolah anak, hangat diperkatakan mengenai pengurus kepada pelakon Fattah Amin dikenali sebagai Sakirin Aca.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Aca memberi cadangan agar Fattah membawa anak perempuannya, Fatima ke ‘showcase’ Amira Othman berikutan aktor tersebut tidak dapat hadir ke acara sekolah anaknya.

BACA: “Fattah Yang Lamar Saya..Lagi Pun Dia Ada Pengalaman” – Amira Othman

“Okey ada idea. Disebabkan konsert anak Fattah tak dapat hadir tu, saya nak cadangkan kat Fattah ‘showcase’ Amira Othman bersama Fatima,” tulisnya.

Bagaimanapun, hantaran pengurus Fattah itu menimbulkan rasa kurang senang netizen kerana disifatkan tidak profesional dan sebagai pengurus sepatutnya membimbing selebriti di bawah mereka ke arah lebih baik.

“Kenapa dengan pengurus awak ni Fattah Amin? Kalau netizen biasalah kepoh. Sepatutnya pengurus awak membimbing awak yang elok-elok.

“Sewaktu wartawan Iman Tang (pengurus Fazura) dulu pun dia tak ada petik nama awak dan anak awak,” komen netizen.

Sebelum ini, Fattah tidak dapat hadir ke majlis sekolah anaknya kerana sedang menjalani penggambaran di luar negara. Namun ramai yang mempersoalkan tindakannya memuat naik hantaran mengenai anaknya 2 hari selepas majlis.

Sumber: HibGlam

×