Baru-baru ini tular video di TikTok memaparkan pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dilihat duduk bersebelahan sambil menikmati ramen di satu kedai serbaneka.
Diruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat pasangan BASS itu serta ada yang berseloroh mengatakan jika hanya ‘rakan sekerja’ tak akan kongsi satu bekas makanan seperti sedemikian.
BACA: “Dah Ada Dua Anak” – Bella Astillah Segan Cerita Hubungan Dengan Syed Saddiq
Sementara itu, ada yang bergurau mengatakan mereka juga mahu makan ramen bersama suami serta berkongsi satu mangkuk seperti BASS.
Dalam pada itu, ada yang mendoakan agar Bella dan Syed Saddiq segera berkahwin bagi mengelakkan fitnah.
Terdahulu, Bella memohon maaf sekiranya ada yang kurang senang susulan aksi mesra di media sosial bersama Syed Saddiq. Bella berkata apa yang dipamerkan itu hanyalah sebagai tuntutan kerja termasuk untuk bersiaran langsung bersama-sama.
Dalam pada itu, Bella berkata dia segan untuk mengulas mengenai hubungan bersama Syed Saddiq serta meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik.
