fbpx

Khabarnya Ida Nerina Masih Belum Sembuh Dari Kemalangan

Agak lama dunia hiburan tidak dengar berita tentang aktress berbakat besar Malaysia Ida Nerina selepas beliau terlibat dengan kemalangan tidak lama dulu.

Berita terbaru yang diterima dari seorang peminat seni menyatakan yang Ida Nerina masih belum sembuh dari sakit akibat kemalangan tersebut.

Peminat itu memberitahu yang beliau terserempak dengan Ida Nerina di sebuah kompleks membeli belah di Bangsar & Ida Nerina di’lihat masih berkerusi roda.

Ida Nerina juga dikatakan perlu di’bantu oleh rakan-rakan yang ada untuk memudahkan pergerakan beliau.

Jika benar Ida Nerina masih belum sembuh, sama-samalah kita doakan kesejahteraan & semoga cepat sakit yang di’alami sembuh.

Pasti ramai peminat seni lakonan samada TV atau teater atau filem yang merindukan comeback & lakonan berkesan Ida Nerina.