Penyanyi Nourul Depp mengakui tindakannya melayan anak seperti seorang kawan adalah satu kesilapan yang dilakukan dalam hidupnya.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Nourul turut menitipkan nasihat kepada ibu bapa supaya meletakkan batas hubungan dengan anak supaya tidak melayan seperti kawan.
BACA: Berduet? Dia Manusia Yang Saya Tak Mahu Jumpa Dah – Nourul
View this post on Instagram
“Kesilapan saya ialah buat anak sebagai seorang kawan. Saya tidak meletakkan sebarang garis sempadan dalam hubungan dan itu silap saya.
“Boleh jika nak buat anak sebagai kawan, tetapi tetapkan batas bahawa kita adalah ibu bapa mereka. Kalau kita tak buat begitu dan tidak mengingatkan tentang batas, mereka akan lupa,” katanya.
Sebelum ini, Nourul pernah meluahkan rasa rindu terhadap anak perempuan sulungnya, Ayu Nazirah. Pada November tahun lalu, penyanyi Ajai memaklumkan anaknya itu dengan bekas isterinya sudah pun berbaik.
SUMBER: HibGlam