“Kes Cerai Fattah & Fazura Jadi Pengajaran” – Ina Naim

Hangat diperkatakan mengenai kes perceraian bekas pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura, isteri kepada penyanyi nasyid Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim menyarankan orang ramai melihat sebagai satu pengajaran.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Ina berkata tiada siapa yang terlepas dari melakukan kesilapan dan antara salah satu pengajaran boleh diambil adalah jangan cintakan dunia.

BACA: Ina Naim Pernah Dikecam Tak Menangis Ketika Kematian Suami

“Semua orang tak terlepas daripada melakukan kesilapan. Tapi, kita ini yang Allah tunjukkan benda ini, kita minta Allah lindungi kita daripada fitnah dunia dan fitnah dajal.

“Jauhkan kami daripada cinta dunia. Itu, Allah nak beri pengajaran kepada semua. Salah satu pengajarannya adalah, jangan cinta dunia. Kedua, jangan berhutang terutama hutang riba yang sentiasa 

dipaksa bayar. Itu akan membuatkan kita jadi tertekan. Kita ambil pengajaran dari situ, bukan kita komen,” katanya.

Sementara itu, Ina berkata bekas pasangan selebriti itu adalah orang yang baik-baik serta mengatakan Fazura mungkin terlepas cakap apabila ditanya bertubi-tubi oleh wartawan.

“Kalau dia (Fazura) sedar apa yang dia cakap, dia takkan cakap semua benda. Saya duduk dalam dunia ini, saya tahu. Dunia tipu-tipu.

“Saya bukan nak cerita, tetapi saya nak jadikan satu pengajaran untuk semua. Saya tengok, macam-macam orang komen dan ramai sokong Fattah Amin. Saya kena lihat dua benda. Memang Fazura dan Fattah orang yang baik.

“Cuma, apabila wartawan bertubi-tubi tanya soalan kepada dia, dia terlepas cakap benda itu. Itu yang jadi besar. Fattah Amin ini orang cerdik, dari keluarga berilmu, orang soleh dan solehah, ahli syurga,” katanya.

SUMBER: Harian Metro

×