“Kereta Yang Saya Belikan Itu Dia Bawa Wanita Yang Haram Baginya” 

Pelakon Nur Fazura membuat pendedahan mengejutkan punca penceraiannya adalah disebabkan kecurangan suamnya, Fattah Amin.

Menerusi temu bual bersama Astro Gempak, Fazura berkata Fattah juga tidak memberikan nafkah kepadanya dan juga anaknya, Nur Fatima serta tiada persefahaman antara mereka.

BACA: Fazura Dedah Anak Tak Pernah Merasa Duit Raya Dari Fattah

@astrogempak

GempakNews: Fazura tak dapat tahan sebak selepas mendedahkan punca perceraiannya dengan Fattah Klik link untuk artikel penuh #BeritaDiTikTok #SembangEntertainment

? original sound – Gempak – Gempak

“Bertahun-tahun saya hidup dalam sengsara. Saya reda dengan perceraian ini dah dua tahun saya hidup dalam keadaan tersebut.

“Dia telah abaikan nafkah saya dan Fatima. Kami juga tiada persefahaman dan sudah lama saya tidak bahagia. Dia juga berlaku curang terhadap saya dan itu yang paling saya tidak boleh terima. Saya ada bukti dia curang,” katanya.

Sementara itu, Fazura berkata banyak pengorbanan terhadap Fattah serta membelikan sebuah kereta jenama mewah namun diambil kesempatan.

“Saya sudah berkorban banyak untuk Fattah, saya sediakan tempat tinggal, makan minum, hadiahkan kereta Range Rover untuk keselesaan dia. Kenderaan itu dia bawa naik wanita yang haram baginya.

×