Kerana Zizan Razak, Kamal Adli Digugurkan Dari Filem?

Masih lagi samar-samar, ada khabar angin yang mengatakan bahawa Kamal Adli akan digugurkan daripada sebuah filem sekuel yang mana sebelum ini, dia sudah pun bergandingan bersama Zizan Razak. Zizan bagaimanapun mengambil keputusan untuk berdiam diri daripada memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut.

BACA: Isu Enggan Berlakon Dengan Kamal, Zizan Diam Diri

“Jika ya nama saya digugurkan, saya memang kecewa. Saya sangat teruja dan tidak sabar menanti untuk ke lokasi penggambaran filem itu sebenarnya. Saya sudah meletakkan azam dan usaha yang jitu.

“Malah sejak setahun lalu, rundingan sekuel ini sudah dilakukan antara saya dan pihak produksi. Kalaulah benar apa yang dikhabarkan itu jadi kenyataan, umpamanya periuk nasi dan rezeki saya ditutup,” kata Kamal kepada BH Online.

Tapi fikir-fikir balik, boleh sahaja’kan dua pelakon ini berhubungan bagi mendapatkan cerita sebenar, bukan? Kalaulah dunia ini semudah yang disangka, tiadalah meleret kontroversi sebegini, asyik berteka-teki. Sebelah sini diam, sebelah sana main agak-agak – memang sedaplah orang melaga-lagakan.

Kamal juga sempat menyatakan bahawa dia tiada masalah untuk bergandingan dengan Zizan namun jika benar khabar angin tersebut, dia menerima dengan lapang dada. Okay, boleh fokus untuk kahwin pula. Eh, Zizan pun cerita mahu kahwin jugakan? (rtky/s)

×