fbpx

“Kepada Yang Tak Puas Hati, Memang Aku Ditahan..”

Minggu lalu hangat diperkatakan mengenai seorang pelawak terkenal yang ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia di sebuah hotel di Kuala Pilah.

Terbaru, Tauke Jambu mengakui dia ditahan polis bagi membantu siasatan kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan seks baru-baru ini.

BACA: Tauke Jambu Bakal Adakan Sidang Media Dalam Masa Terdekat

Pengakuan itu dibuat oleh Tauke menerusi akaun Instagram miliknya petang tadi. Jelasnya, dia tiada kaitan dengan aktiviti tersebut dah sudah pun memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

“Kepada yang tidak puas hati, memang aku ditahan untuk bantu siasatan dan aku telah pun memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak berkuasa. Bukan jadi bapa ayam atau pengedar, tiada kaitan aktiviti tersebut,” ujarnya.

Terdahulu, Tauke menafikan dia adalah pelawak yang ditahan polis. Tegas Tauke lagi, dia tidak kaitan dengan penangkapan itu.

Malah, semalam Tauke dikhabarkan akan mengadakan sidang media dalam terdekat bagi membersihkan semula nama dan imejnya.