Meluangkan masa untuk bercuti bersama dua orang anaknya, pelakon Fasha Sandha dalam masa yang sama sempat memuatnaik kenyataan balas berkenaan tindakan Nora Danish yang telah pun memfailkan saman fitnah terhadapnya.

BACA: Fasha Sandha Melatah Kena Halau Dari Majlis

“Nak saman saya? Kenapa nak saman saya? Kenapa tak saman pihak pihak penganjur pertunjukan jenama awak itu, yang telah menyebarkan perkara itu pada malam tersebut dan memberitahu bahawa awak menghalang kedatangan saya dan akan tarik diri jika saya hadir”

“Jangan lupa saya ramai saksi di tempat kejadian. Permainan halus apakah itu? Tunggu apa pula tindakan yang saya akan ambil terhadap perkara ini,” jelas Fasha di akhir kenyataannya itu. Malah Fasha turut menulis hashtag #TakTakutPun dalam kenyataanya itu.

Sehingga kini, tidak pasti lagi apa tindakan susulan yang akan diambil oleh Fasha. Apa yang pasti, sama ada peminat Fasha mahu pun Nora, mereka pastinya ingin mengetahui perkara sebenar yang terjadi dan semoga kejadian ini mampu diselesaikan dengan cara baik. (rtky/s)