Kenapa Noh Hujan Ungkap ‘Pergi Mampus Haqiem Rusli’?

Baru-baru ini Noh Hujan telah tampil dengan persembahan penuh bertenaga namun satu ungkapannya ketika persembahan tersebut telah menjadi perhatian warga laman sosial dan pastinya penyokong setia Haqiem Rusli kurang senang dengan perkara tersebut.

BACA: Mizz Nina, Noh Tak Tertekan Disoal Tentang Zuriat


Dalam persembahan tersebut, Noh telah menyebut – pergi mampus Haqiem Rusli – dan disambut dengan sorakan peminatnya. Melalui ‘perbalahan’ di laman sosial, penyokong Noh menyatakan apa yang dinyatakan Noh ketika itu hanyalah gurauan semata.

Namun perkara ini turut menerima reaksi berbaur dari kalangan netizen kerana menyifatkan apa yang diluahkan oleh Noh itu adalah kasar selain ada yang mempertikaikan penampilan dan perlakuannya pada persembahan itu dengan gelaran haji yang dibawanya.

Bagaimanapun, Noh sebelum ini turut pernah bersuara ketika Haqiem masih panas dengan isu depresi yang didakwa hanyalah untuk melariskan album terbarunya.


Malah berkaitan isu depresi Haqiem sebelum ini, ramai rakan artis yang turut menyuarakan pandangan agar tidak mempermainkan isu sensitif tersebut demi promosi album. Apa pun, pastinya Noh mempunyai jawapan tersendiri mengapa dia bertindak sedemikian pada persembahannya itu.

Mungkin gimik Noh, manalah kita tahu bukan? Nabila Rusli ada gimik, Haqiem Rusli ada gimik, Daiyan Trisha ada gimik, apa salahnya artis lain pun nak buat gimik juga’kan? (rtky/s)

×