Perkongsian pelakon Fattah Amin menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambar memaparkan penyanyi Amira Othman sedang memegang jambangan bunga tulip.
Menerusi hantaran itu, Fattah turut mendoakan agar Amira yang juga ‘rakan sekerja’ kini berada di hospital akibat keracunan makanan agar segera sembuh.
BACA: “Patutnya Kalau Orang Tak Sihat Tak Senyum Macam Tu” – Irfan Haris
View this post on Instagram
Diruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat hantaran Fattah itu serta ada yang berseloroh bertanya mengapa rakan sekerjayanya tidak pernah memuat naik hantaran sedemikian untuk mereka.
Dalam pada itu, ada yang mengatakan jambangan bunga tulip yang diberi melambangkan emosi positif, cinta, harapan, kebahagiaan dan penghargaan.
Tidak kurang juga, ada netizen mengatakan lagu Sampai Akhir nyanyian Judika yang digunakan dalam hantaran menceritakan segalanya serta merestui hubungan kedua mereka.