Dunia hiburan hari ini penuh dengan Norman Hakim & Memey Suhaiza, mari larutkan pengaruh mereka dengan kisah dari Hollywood.

Siri TV kegemaran anda semua, How I Met Your Mother (HIMYM) baru sahaja kembali bersiaran untuk musim baru minggu ini.

Kami adalah antara peminat setia siri TV ini dan kami ada berita baik untuk anda yang meminati siri TV ini dan Katie Holmes.

Katie Holmes yang mula mengecap populariti dengan siri TV Dawson’s Creek sekitar era 90’an di’khabarkan bakal kembali ke kaca TV selepas sekian lama.

Kalau anda masih ingat, musim pertama HIMYM ada satu watak misteri bergelar Slutty Pumpkin dan watak ini bakal di’berikan kepada Katie Holmes bersempena edisi khas untuk Halloween.

Namun sehingga ke hari ini, masih belum pasti sama ada watak Katie Holmes akan menjadi watak kekal atau sekadar tampil untuk satu episod khas itu sahaja.

HIMYM sebelum ini pernah menjemput nama nama besar dalam dunia hiburan untuk tampil sebagai pelakon jemputan seperti Katy Perry, Britney Spears, Jennifer Lopez dan Carrie Underwood.