Kisah pelakon popular dan cantik, Nad Zainal yang kini sudah bergelar isteri menjadi perhatian ramai sekitar minggu lalu sehingga ianya menjadi antara artikel paling popular dibaca ramai dan tidak dinafikan yang selebriti itu memang menawan di hari perkahwinan beliau.
Apa yang menarik perhatian kami dan sesuatu yang sering orang ramai terlepas pandang adalah kasut yang digayakan oleh Nad Zainal di hari bahagia beliau tempoh hari. Kasut rekaan khas itu merupakan hasil tangan anak tempatan, Christy Ng yang memang tidak asing lagi.
“Saya rasa sempurna di hari pernikahan saya dengan (kasut) Christy Ng,” luah Nad Zainal sendiri melalui akaun Instagram beliau baru baru ini.

Ramai mula menganggap Christy Ng dengan rekaan kasut unik beliau mampu mengharumkan nama negara di persada fesyen dunia sebagaimana dilakukan Jimmy Choo sebelum ini. Kami juga rasakan ianya tidak mustahil kerana beliau kini pun sudah dikenali seluruh dunia.
Bukan sahaja untuk majlis perkahwinan, Christy Ng boleh menambah seri anda untuk apa sahaja majlis yang terlintas di fikiran, namakan sahaja dan pereka berbakat ini pasti akan tampil dengan rekaan kasut unik dan tersendiri khas untuk anda.
Pelanggan kasut Christy Ng bukan sahaja terkenal di kalangan rakyat Malaysia, malah turut mendapat perhatian ramai peminat di seluruh dunia yang sanggup menunggu tempahan khas hasil sentuhan pereka berbakat ini untuk hari bahagia mereka.
Kalau ditanya kenapa kasut Christy Ng menjadi pilihan ramai termasuk selebriti dan pelanggan dari luar negara? Jawapannya mudah, Christy Ng memang titik beratkan kualiti dalam rekaan dan juga pembuatan kasutnya selain harga yang sangat berpatutan.
Memang mampu milik untuk semua lapisan masyarakat. Tiada alasan lagi untuk anda tidak bergaya dengan kasut rekaan Christy Ng lebih lebih lagi jika anda merancang untuk langsungkan majlis perkahwinan kelak. Hari bahagia, kasut pun perlu cantik kan?
Kalau anda berminat untuk dapatkan kasut cantik rekaan Christy Ng, anda boleh layari laman web rasmi mereka di www.christyng.com untuk cuci cuci mata dulu, mana tahu ada yang berkenan boleh angkat sedozen dua, heh.