fbpx

Kantoi ‘Like’ Video Lucah, Ahmad Idham Tak Melatah

Jika anda pengguna tegar Twitter dan selalu meluangkan masa di dalam dunia Twitter tanah air, nama Ahmad Idham baru-baru ini menjadi sebutan bukan saja kerana poster filemnya menjadi bahan cemuhan malah pelakon dan pengarah itu juga didakwa ‘like’ video lucah di laman sosial tersebut.

BACA: Ahmad Idham: Bukan Tahap Saya Nak Layan Benda Remeh Temeh Macam Itu

Sememangnya tidak mudah melatah dan tenang berhadapan dengan isu sebegini, Ahmad Idham dalam masa yang sama tidak menolak kemungkinan perkara tersebut terjadi kerana akaun Twitter-nya itu digodam.

“Saya baru tahu tentang perkara ini dan malas nak layan. Sekarang banyak sahaja cara orang nak malukan kita. Sedangkan gambar pun mereka boleh sunting apatah lagi benda-benda seperti itu”

“Setahu saya laman-laman web lucah di negara ini sudah disekat macam mana nak cari melainkan yang bijak pandai dengan Internet sahaja,” jelasnya kepada mStar Online.

Selain itu, Ahmad Idham turut menafikan bahawa dia sendiri mencari video berkenaan namun ada pihak yang menghantar perkara yang bukan-bukan kepadanya.

“Perkara itu tidak mustahil kerana zaman sekarang kita telalu terdedah dengan penggunaan Internet. Kadang-kadang ada sahaja orang hantar link yang bukan-bukan kepada kita. Bohonglah kalau saya kata saya tidak pernah tengok video lucah”

“Tapi ia bukan saya yang mencari video seperti itu sebaliknya ada sahaja individu yang hantar bukan-bukan di laman sosial kita, bila bukak…rupa-rupanya ia kandungan yang tidak senonoh,” katanya. (rtky/s)