fbpx

Kantoi Di Pusat Hiburan, Aliff Aziz Belasah Isteri

Isteri masih dalam pantang namun sudah berani keluar ke pusat hiburan bersama wanita lain. Itulah perkara yang terjadi kepada pelakon dan juga penyanyi Aliff Aziz. Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Bella Astillah, seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro.

BACA: Aliff Aziz, Isteri Selamat Timang Cahaya Mata Sulung

“Dia marah apabila saya merakam gambarnya bersama wanita itu dan merampas telefon bimbit di tangan saya. Ketika itu kami bergelut manakala telefon saya dipegang oleh wanita terbabit yang cuba memadam bukti itu”

“Akibat pergelutan itu saya luka di dahi dan lutut,” katanya. Menurut Bella, dia sudah mengetahui bahawa suaminya itu mempunyai hubungan dengan wanita berkenaan sejak hamil lagi namun memaafkannya pada Ramadan lalu.

“Saya dapat tahu Alif ada wanita lain ketika sarat hamil. Sudah banyak kali ‘kantoi’. Walaupun sedih saya memaafkan dia pada Ramadan lalu. Bagaimanapun saya tidak sangka, mereka masih keluar berdua meskipun wanita itu tahu saya kini dalam pantang”

“Saya juga sudah menasihati wanita itu supaya tidak mendekati alif lagi tetapi dia tidak peduli. ?Malah, dia menegaskan sudah mempunyai teman lelaki dan Alif yang mencarinya. Saya ada bukti mereka menjalin hubungan termasuklah perbualan di aplikasi WhatsApp,” jelasnya.

Selain itu, Bella juga menyatakan bahawa wanita berkenaan merupakan adik kepada seorang pelakon wanita terkenal dan sering menggoda suaminya di set penggambaran drama Izinkan Aku Mencintaimu.

Memetik laporan Harian Metro lagi, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, dalam kejadian kira-kira 4.30 petang, isteri penyanyi itu yang masih dalam pantang ke premis terbabit bersama ibunya sebelum menemui lelaki berkenaan bersama seorang wanita dalam satu bilik karaoke.

Well nampaknya Bella sendiri pun sudah tidak tahan dengan perangai suami. Kesabaran pun ada batasannya bukan tapi harap sangat Bella dapat mengawal diri dan perasaan lagi lagi ketika masih berada dalam pantang ini. (rtky/s)