“Kami Bahagia Tanpa kasih Sayang, Kiriman Nafkah Daripada Bapa”

Sempena sambutan Hari Ibu semalam, rata-rata selebriti tidak melepaskan peluang untuk memuat naik perkongsian di Instagram untuk ibu mereka. Termasuk Fasha Sandha yang meluahkan rasa bangga dibesarkan oleh ibu tunggal.

Menurut Fasha, meskipun dibesarkan tanpa kasih sayang dan nafkah daripada seorang bapa, ibunya Hatijah Teh Man mampu membesarkannya dan adik beradik yang lain dalam keselesaan. Fasha mengakui apa yang dilalui oleh ibunya bukan sesuatu yang mudah.

BACA: Fasha Sandha Kecewa Kena Tipu Beli Barang Online

“Ibu saya adalah ibu yang membesarkan kami adik beradik diatas penat lelah bekerja siang dan malam. Saya sangat bangga dengannya. Walaupun seorang ibu tunggal, masih mampu memberikan keselesaan dan membeli rumah buat kami tinggal.

“Kehidupan kami tidak senang, ke sana kemari berbasikal, berpanas, tapi Alhamdulillah, kami bahagia, walau TANPA kasih sayang dan kiriman nafkah daripada seorang bapa, mama berjaya membesarkan kami sehingga besar,” katanya.

Berkongsi cerita ketika di zaman sekolah, Fasha berkata ibunya akan menghantar mereka adik beradik ke sekolah dengan menaiki basikal setiap hari sebelum pergi bekerja. Ujarnya, perkara dilaluinya itu menjadi kenangan manis buat mereka.

“Apabila terkenangkan mama, akan terkenangkan mama kayuh basikal, bawak kami ke sekolah, mama bergegas pergi balik kerja dan masak pagi-pagi sebelum keluar. Selalunya hanya telur ayam dan ikan rebus untuk Puss (kucing kami)

“Lenangan yang mampu membuatkan saya tersenyum. Hari Sabtu jalan-jalan dengan mama pergi pasar dan mama masakkan lauk sedap.

Dalam pada itu, Fasha berkata kehidupannya terdahulu mengajarnya menjadi manusia yang lebih bersyukur. Dia juga sentiasa mengingatkan dirinya untuk bersederhana dan selalu bersedekah.

×