“Kalau Tyzo Jodoh Terbaik Ibu, Saya Okey Saja” – Fitri Farok

Anak kepada usahawan Lydia Rosli iaitu Fitri Farok yang juga merupakan pelakon baru mengatakan dia tiada hak menghalang siapa jodoh ibunya.

Memetik HibGlam, Fitri berkata apa yang penting baginya adalah kebahagian ibu serta menyerahkan soal jodoh ibunya kepada Tuhan.

BACA: “Memang Saya Cinta & Nak Kahwin Dengan Tyzo, Tapi…” 

“Sebagai anak, soal jodoh ibu saya serahkan pada tuhan. Saya sentiasa doakan sesiapa sahaja yang ditakdirkan menjadi jodoh ibu adalah seorang yang terbaik,” katanya.

Sementara itu, Fitri berkata dia tahu mengenai berita ibunya meluahkan perasaan cinta dan ingin berkahwin dengan Tyzo Xander dan reda seandainya penyampai radio itu ditakdirkan jodoh buat ibunya.

“Seperti yang saya katakan, kalau tuhan dah tentukan itu adalah jodoh ibu saya, saya okey sahaja kalau itu yang terbaik. Walau siapa pun bakal jodoh ibu saya nanti, saya harap dia dapat menjadi suami yang terbaik, menghormati dan menyayangi ibu saya,” katanya.

Dalam pada itu, Fitri berkata dia kurang mengenali Tyzo kerana jarang berjumpa dan ibunya juga tidak pernah memberitahu hal mengenai mahu berkahwin dengan lelaki itu.

“Saya tak berapa kenal sangat dengan Tyzo kerana kami jumpa pun sekejap-sekejap sahaja. Ibu ada bercerita pada saya yang dia berkawan dengan Tyzo. Tetapi tentang soal nak kahwin dia tak pernah beritahu saya apa-apa. Tetapi andai berkahwin buatkan hidup ibu saya lebih bahagia dan aman, saya okey sahaja,” katanya.

SUMBER: HibGlam

×