Baru-baru ini, pelakon Nora Danish memuat naik gambar perbualan WhatsApp bersama anak sulungnya, Putra Ryqal Ramli Rizal.

Menerusi perbualan itu, Nora mengucapkan selamat hari lahir kepada anaknya serta menitipkan nasihat buat Rayqal tentang solat.

BACA: Rai Hari Jadi Dre, Netizen Doa Nora Danish & Nedim Bersatu Kembali

“Happy birthday son. Apa yang mommy nak adalah, Rayqal solat lima waktu sehari dan zikir, Allahuakbar. Dari solat dan zikir itulah Allah akan lindungi awak,” tulisnya.

Dalam hantaran tersebut, Nora berkata dia perlu sentiasa mengingatkan anak-anaknya untuk tidak meninggalkan solat dan tidak boleh letih untuk mengingatkan.

“Budak-budak memang kena ingatkan mereka sepanjang masa. Jangan pernah letih ibu-ibu semua. Terutama anak lelaki, setuju tak? Kalau tak, kena ganti solat qada macam mommy sekarang, jenuh nanti,” katanya.

×