“Kalau Suara Sama Sekalipun Rasanya Tak Salah, Saya Anak Arwah”

Anak kepada pelawak Shuib Sepahtu iaitu Thalita berkata pada awalnya dia rasa malu dan kurang berkeyakinan untuk beraksi di hadapan khalayak dan pentas besar.

Memetik HibGlam, bagaimanapun gadis kecil berusia 12 tahun itu berkata bapa dan ibu tirinya banyak memberikan sokongan kepadanya untuk menangani rasa takut.

BACA: “Kenapa Segelintir Orang Rasa Yang ‘Free Hair Ni Banyak Dosa?” – Thalita

“Sebelum ini saya ada rasa takut dan gemuruh bila nak menyanyi depan orang. Tapi daddy dan mummy (Watie Hanafiah) banyak bagi sokongan. Mereka tidak memaksa tetapi perlahan-lahan ajar tangani rasa takut itu.

“Saya suka menyanyi tetapi dahulu tak berani nak ke depan sebab rasa takut, tetapi sekarang, bila sudah asyik menyanyi, mummy pula suruh diam,” katanya.

Tidak terlepas daripada menjadi mangsa kecaman netizen, Thalita berkata pada awalnya dia rasa sedih membaca komen berkenaan namun kini dia mengelak dari membaca komen.

“Mula-mula rasa sedih juga bila baca komen netizen sehingga ada yang banding-bandingkan saya dengan penyanyi sebaya lain. Ada juga saya mengadu kepada mummy dengan daddy tapi mereka kata, jangan baca komen, sebab risau beri impak kepada emosi sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Thalita berkata tidak pernah terlintas untuk meniru suara Allahyarham Siti Sarah apabila ada yang menyatakan dia terlalu berusaha keras untuk milikir suara persis ibunya.

“Saya menyanyi ini sebab minat, bukan sebab nak tiru ibu walaupun ada yang cakap suara kami kedengaran sama. Kalau sama sekali pun, rasa-rasanya tidak ada salah pun sebab saya memang anak dia,” katanya.

Sementara itu, Thalita bakal muncul dengan single baharu tidak lama lagi dan memasang impian untuk berada di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) satu hari nanti.

“Bukan sahaja AJL, kalau boleh nak masuk World Championship of Performance Arts (WCOPA) di Amerika Syarikat yang pernah ibu sertai pada 2009. Semoga dapat ulangi kejayaan sama,” katanya.

SUMBER: HibGlam

×