Umum mengetahui, hubungan mesra pelakon dan penyanyi Bella Astillah dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq sering menjadi perhatian ramai serta ada yang berharap agar mereka berkahwin.

Baru-baru ini, kehadiran Bella dan Syed Saddiq di sebuah majlis di Kelantan menjadi bualan apabila tular video memaparkan penyanyi itu menyakat Saddiq.

BACA: Bella Astillah Tulis Nama Syed Saddiq Atas Padang Pasir

Dalam video berkenaan, Bella bertanyakan kepada Saddiq sama ada dia mahu mencari wanita Kelantan, namun jawapan ahli parlimen itu sekaligus membuatkan ramai tersenyum.

@cikindahn0024748

Ini apa kawan2 ???… Kita bukan delulu kannn.. ??… Ahhhhh mau trjun bangunan rasanyaaaaa ???? bukan potong kaki dah.. Ntahlaaaa #legitnotfufu #syedsaddiq #bellaastillah #BASS

? original sound – Indah – Indah

“YB, YB nak cari gewe (gadis) Kelate sini?” tanya Bella.

“Kalau saya cari gewe Kelate, orang tepi saya (Bella) pula yang marah nanti,” kata Syed Saddiq.

Dapat dilihat Bella tersipu malu dan seolah terkejut mendengar jawapan daripada Syed Saddiq itu.

Diruangan komen, rata-rata netizen mengatakan Syed Saddiq terlalu jujur, malah ada yang mengatakan mereka seperti orang ‘gila’ kerana tersenyum sorang-sorang.

SUMBER: TikTok Indah

×