Pelakon Datin Intan Najuwa berkongsikan suaminya, Datuk Ahmad Azraf yang memilih serta membelikan barangan mewah dan cantik untuk dirinya sejak dari awal perkahwinan.
Menerusi perkongsian di Threads, Intan berkata suaminya seorang yang mementingkan kesempurnaan dan mahu segalanya kelihatan cantik buat mereka sekeluarga.
BACA: “Paranoid Melampau” – Intan Najuwa ‘Anxiety’ Bawa Anak Melancong
“Sejak hari pertama, dialah yang membeli dan memilih semua beg dan barang cantik untuk saya. Semasa saya mengandung, dia membawa saya ke seluruh dunia semata-mata untuk menyiapkan segala-galanya.
“Suami saya seorang yang perfectionist, dia hanya mahu segala-galanya kelihatan cantik untuk kami, seperti dia menyusun dunia impian kecil untuk kami,” tulisnya.
Sementara itu, Intan turut meluahkan rasa syukur dia dan anak mereka, Imane Lunara dapat menjalani kehidupan yang bahagia serta mengucapkan tahniah buat suami tercinta.
“Saya dan Lunara menjalani kehidupan yang dia bina dengan penuh kasih sayang untuk kami, dan itu sangat bermakna.
“Kalau nampak saya pakai cantik-cantik tu, tu semua suami saya pilih dan belikan! Tahniah kepada suami saya!” tulisnya.
Untuk rekod, Intan Najuwa dan Datuk Ahmad Azraf mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos 2023. Pasangan itu menimang cahaya mata perempuan, Imane Lunara pada 15 Disember tahun lalu.
Sumber: Astro Gempak