“Kalau Mereka Fikir Itu Adalah Ar*k, Ikutlah..”

Pelakon Sharifah Sakinah berkata dia bukan tidak mahu mendedahkah wajah suaminya kepada umum namun dia menunggu masa yang sesuai untuk berbuat demikian.

Menerusi temu bual bersama Melodi, Sakinah bagaimanapun enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai identiti suaminya dan hanya boleh memberitahu bahawa dia sudah berkahwin dan kehidupannya kini bahagia.

BACA: Sharifah Sakinah Akhirnya Kongsi Wajah Suami

@melodiberapi

Selepas hampir 4 bulan berumah tangga, Sharifah Shakinah akhirnya dedah wajah suami kepada umum. Tapi apa yang sepatutnya jadi momen bahagia, bertukar kontroversi panas apabila netizen dakwa terlihat botol ar*k dalam video! Kecoh di ruangan komen, Shakinah tampil beri jawapan tegas.. #meloditv3

? original sound – Melodi tv3 – Melodi tv3

“Saya gembira tetapi saya takkan cakap dia yang terbaik untuk saya sebab yang terbaik untuk saya adalah diri saya sendiri.

“Saya masih lagi memanggil diri saya sebagai ibu tunggal. Anak saya pun tidak memanggilnya dengan panggilan bapa, kami perlu tahu batas masing-masing.

“Seperti biasa saya masih lagi aktif berlakon dan saya akan bayar bil saya apabila bil yang saya perlu bayar dan dia hanyalah companion to my life, membuatkan saya gembira,” katanya.

Sementara itu, menjawab dakwaan netizen mengenai minuman yang dipegang olehnya ketika dalam satu video yang dikongsikan, Sakinah menyerahkan kepada netizen untuk memikirkan mengenai perkara itu.

“Kalau kita nak buat jahat, tak payah buat secara terang-terangan. Kalau deorang fikir itu adalah arak, ikutlah. Kalau nak husnudzon, husnudzon lah korang..saya serahkan segalanya kepada mereka.

“Saya tidak pernah balas (komen netizen). Kalau balas dan mengatakan bukan nanti ada yang akan kata..’maknanya betullah yang itu arak’.

“Kita kena hormati budaya. Bila berada di Malaysia kita kena jadi orang Malaysia, begitu juga bila di sana. Tetapi nasioalisme sebagai Melayu tetap tinggi,” katanya.

Sumber: TikTok Melodi

×