fbpx

“Kalau Kahwin Sebab Duit, Baik Saya Cari Lelaki Kaya”

Masih baru berkahwin sebagai isteri kedua tahun lalu, Izreen Azminda menjelaskan ikatan perkahwinanynya dengan suami, Ude Wahid bukan berlandaskan wang, sebaliknya kerana cinta. Malah jelasnya, kini kehidupannya lebih tenang selepas menutup ruangan komen di Instagram.

BACA: Izreen Azminda: Suami Minta Rahsiakan Perkahwinan

“Hidup saya lebih tenang apabila menutup ruangan komen di Instagram. Saya juga mengelak daripada membaca blog hiburan. Jika ada kawan yang berkongsi capaian blog yang menyiarkan cerita rumah tangga saya, saya tidak akan buka”

“Saya malas ambil tahu kerana cakap negatif orang luar hanya menjejaskan mood saya untuk bekerja. Kalau saya berkahwin kerana duit, lebih baik saya ambil lelaki kaya. Ini soal cinta dan saya menyayangi suami dengan ikhlas”

Terus dicaci maki orang kerana statusnya, Izreen menyatakan orang yang tidak mengalaminya situasi sepertinya tidak akan mengerti apa yang dilaluinya. Apapun katanya, kehidupannya kini lebih bahagia sejak berumah tangga.

“Orang boleh bercakap apa sahaja, mereka tidak di tempat saya. Siapa yang mahu dicemuh kerana berkahwin dengan suami orang? Tetapi, ini soal jodoh dan saya terima takdir hidup bermadu,” katanya kepada Berita Harian Online. (rtky/w)