Penyanyi Irfan Haris berkata dia mengakui rasa sedih jika suatu hari nanti kakaknya yang juga penyanyi Amira Othman akan mendirikan rumah tangga.
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Irfan bagaimanapun berharap sesiapa saja yang berkahwin dengan kakaknya dapat menjaga Amira dengan baik.
BACA: Irfan Haris Mahu Abang Ipar Tinggi, Boleh Nyanyi & Berlakon
@fattmiraverse._ last” okay bye ?????? #amiraothman #irfanharis #FAAO #AOFA #fattamiraverse #OurFAs #doayangbaikbaik?? #?? #creditlive #credittt #creditig @Amira Othman @Irfan Haris
“Kalau kakak saya kahwin, saya akan rasa sangat sedih. Saya harap sesiapa sahaja yang mengahwini kakak, dapat menjaganya dengan baik.
“Kakak saya berhak untuk dapatkan lelaki yang baik, sebab dia pun seorang yang baik,” katanya.
Perkongsian Irfan itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang yakin bahawa Amira akan mendapat jodoh yang baik kerana sikapnya yang beradab serta dari keluarga yang baik-baik.