Usahawan sensasi, Kak KM atau Liana Rosli berkongsikan video menemani anak lelakinya, Mohd Faris yang mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pagi tadi.
Menerusi video itu, Kak KM dilihat mengalirkan air mata kerana terlalu gembira ketika menerima keputusan anaknya serta bersyukur, Faris memperoleh keputusan cemerlang 6A.
BACA: “Tak Adalah Seksi Sangat, Mungkin Muka Kot Yang Seksi” – Anak Kak KM
View this post on Instagram
Memetik mStar Online, Kak KM berkata dia tetap berbangga dengn keputusan anaknya itu meskipun tidak memperoleh semua A dalam mata pelajaran.
“Alhamdulillah, syukur dia memang anak yang bijak. Tak sangka dia berjaya dapat 6A. Saya lega sangat walaupun tak dapat smeua A tapi itu pun dah cukup bagi saya,” katanya.
Sementara itu, Kak KM berkata anaknya itu belajar bersungguh-sungguh dan mereka sekeluarga juga turut melakukan solat hajat bagi mendoakan anak keduanya itu.
“Faris memang betul-betul belajar hari-hari, sampai tak tidur malam. Kami pun buat solat hajat hari-hari untuk dia. Dia satu-satunya anak lelaki saya. Saya pun selalu cakap dia adalah harapan saya, itulah yang buat dia tertekan,” katanya.
SUMBER: mStar Online