Siapa cakap makin tua makin tak cantik? Tengok Fazura, walaupun dah berusia 34 tahun, masih cantik dan meletop! Ramai je selebriti 30-an yang makin cantik kalah anak dara.
Kajian terbaru mendedahkan, wanita mencapai tahap kecantikan paling sempurna pada usia 31 tahun. Wanita di luar sana jangan risau kalau usia dah masuk 3 siri!
Kajian ke atas dua ribu lelaki dan wanita di Britain mendapati, kecantikan seseorang wanita itu bukan hanya dari paras rupa tetapi juga personaliti dan penampilan.
Sebanyak 70 peratus responden mentafsirkan wanita kelihatan cantik apabila mereka berkeyakinan atau memperlihatkan tahap keyakinan diri yang tinggi.
67 peratus daripada responden mengatakan, kecantikan bergantung pada wajah yang menawan. 47 pula peratus melihat kecantikan berdasarkan penampilan.
Kajian juga mendedahkan, wanita dewasa dipandang lebih cantik dan menarik berbanding wanita muda. Kajian juga menyebut, wanita berusia 30-an jauh lebih cantik berbanding gadis berusia 18, 19 atau awal 20an.
Sumber: Taiko TV