Mahu menikmati kehidupan berdua dahulu bersama suami tercinta, pelakon Juliana Evans mengakui dia tidak terburu buru untuk menimang cahaya mata. Juliana dan Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah selamat melangsungkan pernikahan pada 30 April lalu.

BACA: Juliana Evans Biasakan Diri Hidup Ada Pengawal

“Saya bukanlah mahu merancang, tetapi rasanya kami takkan menimang cahaya mata dalam masa terdekat. Saya mahu melayari hidup berdua dengan suami dulu, kemudian barulah boleh fikirkan soal anak”

“Lagipun, kami baru saja berkahwin, jadi biar stabil dulu semua fasa yang sedang dilalui sekarang,” katanya kepada BH Online. Selain itu, Juliana menjelaskan bahawa dia akan suami akan mengadakan majlis resepsi selepas Aidilfitri nanti.

Dalam masa yang sama juga Juliana turut mendedahkan mengapa majlis pernikahan baru baru ini diadakan secara tertutup dan perancangan di mana mereka merancang untuk berbulan madu.

“Majlis nikah yang diadakan hujung bulan lalu memang diadakan secara tertutup, dengan jumlah tetamu yang terhad. Kurang daripada 100 tetamu saja yang hadir. Jadi, jemputan daripada pihak saya pun agak terbatas. Saya hanya jemput beberapa anggota keluarga dan kawan rapat”

“Insya-Allah, bagi majlis resepsi yang dirancang ini, saya akan mengundang lebih ramai tetamu, termasuk rakan media,” katanya yang merancang untuk berbulan madu di Santorini atau Maldives. (rtky/s)