Okay raya sudah semakin menghampiri kita walaupun baru seminggu berpuasa. Eh, kami sudah semangat nak beraya tahu? Sudah tentu kami sudah mahu membeli belah untuk persiapan raya, melaram sakan bersama yang tersayang di pagi sucinya Aidilfitri. Cewah.
Macam tahu tahu kami mahu laburkan duit gaji yang tidak seberapa ini, Lazada Malaysia telah memulakan Jualan Mega Raya yang berlangsung hari ini sehingga 26 Jun 2015 — potongan harga sehingga 90% untuk katalog mengandungi lebih 30,000 barangan. Say what?
Inilah masanya untuk cari kamera bagus untuk ber’selfie di pagi raya kan? Dan apakah ertinya kamera canggih tanpa baju raya yang cantik. Lazada Malaysia tawarkan barisan jenama terkemuka seperti Melinda Looi, Radzuan Radziwill dan Rizman Ruzaini untuk pilhan anda melaram.
Tidak lagi perlu bersesak sesak di kompleks membeli belah bersama ribuan manusia lain kerana semua yang anda perlukan di hari raya ini kini di hujung jari. Masa untuk keluar boleh anda luangkan dengan yang tersayang — kan lebih bermakna jadinya.
Lebih menarik, jika anda merupakan pemegang kad Maybank anda akan menikmati potongan harga tambahan sebanyak 10% ke atas pembelian pada 24 Jun dengan rebat maksima RM200. Cuba kira berapa banyak anda boleh berjimat raya ini dan gunakan wang yang ada untuk tujuan lain — duit raya untuk anak anak contohnya.
Jika itu pun belum mampu menyakinkan anda untuk membeli belah di Lazada Malaysia raya ini, khas untuk pembaca ROTIKAYA anda akan menikmati potongan harga sebanyak RM35 dengan setiap pembelian RM150 ke atas — diskaun sebanyak lebih 20% gayanya.
Hanya masukkan kod RAYAROTIKAYA ketika checkout. Senang!
Tunggu apa lagi? Halakan monitor anda ke Jualan Mega Raya 2015 di Lazada Malaysia dan mula membeli belah tanpa keluar setitis peluh pun untuk melaram di pagi raya. JOM!