Lama tak dengar cerita mengenai Zarina Anjoulie. Baru-baru ini, pelakon sensasi itu berkongsikan mengenai pekerjaan terbarunya kini di sebuah kedai sandwich popular, O’Briens.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Zarina atau lebih mesra disapa Anju berkata dia kini bekerja di restoran tersebut dalam masa yang sama dia boleh membuat siaran langsung ketika bekerja di kaunter.

BACA: “Dia Juruterbang, Lelaki Sejati” – Zarina Anjoulie Sorok Identiti ‘BF’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)

“Yes saya kerja as server O’briens bezanya i dapat gaji lebih sikit I can do my live sambil kerja,” katanya.

Anju berkata tawaran kerja kini sudah berkurang dan mengakui dirinya ‘sendu’, namun dia tidak malu bekerja di kedai sandwich berkenaan asalkan ianya rezeki yang halal.

Tambah Anju lagi, sebagai ibu tunggal dia perlu bekerja untuk menyara kehidupannya termasuk anak tunggalkan serta meminta doa orang ramai.

“Maklum lah job review dah kurang I dah sendu so korang come la singgah tempat kerja Anju dan support ye. 

“Saya tak malu nak kerja as server asal halal. I’m a single mother kena la buat apa yang patut untuk nak hidup dan sara anak. Doa-doa kan ye. Thank you semua love,” katanya.

×