fbpx

Jihan Muse Sindir Fattah Amin Di Twitter?

Makin parah nampaknya isu Fattah Amin tidak muncul di program MeleTOP. Menerusi laman Twitter semalam, Jihan Muse pula bersuara menyelar sikap ‘hero tidak bertanggungjawab yang disanjung peminat’.

Pedas juga gaya bahasa yang digunakan Jihan, mungkin tidak tahan agaknya dengan kontroversi panas yang meleret sepanjang hari. Walaupun tidak menyebut nama ‘hero’ itu, tapi ramai mengandaikan individu terbabit, Fattah.

BACA: “Pihak Produksi Masukkan Neelofa Di Saat Akhir”

“Aku ni sarat-sarat pun pergi jugak kerja sebab fikirkan tanggungjawab. Hero yang tak bertanggungjawab tu jugak yang korang simpan dalam industri. Sebab dia pulak kerja kita disekat-sekat? Apalah makin kronik sangat dunia sekarang ni. Kipas bontot dapat apa? Aduhai saleha”

Menurut kenyataan tersebut, Jihan mempersoalkan peminat fanatik pelakon berkenaan yang menyokong sikap tidak bertanggungjawab beliau sehingga menyusahkan kerja orang lain. Selain itu Jihan juga sempat memerli sesetengah pihak yang ‘mengipas’ pelakon itu.

Sehingga kini pun kami tidak pasti apa yang berlaku di set MeleTOP tempoh hari, tapi pastinya bukan kebetulan luahan hati Jihan dengan kejadian Fattah menghilang. Bagaimanapun, tidak lama kemudian Jihan telah memadam status yang dimuat naiknya semalam. (rtky/w)