Kes perbicaraan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bukan saja menjadi perhatian dunia, malah selebriti juga turut memberikan pandangan masing-masing mengenai kekecohan yang berlaku di perkarangan mahkamah.
Pelakon senior Fauziah Ahmad Daud atau lebih sinonim dengan panggilan Kak Ogy, turut memberikan pandangannya mengenai isu tersebut menerusi Instagram miliknya.
Ogy meluahkan rasa malu dengan tindakan penyokong bekas Perdana Menteri itu yang dilihat keterlaluan sehingga menimbulkan kekecohan. Menurut Ogy lagi, penyokong melaungkan ‘Hidup Melayu’ tetapi adab sebagai orang Melayu tidak dipraktikkan.
Menurut Ogy lagi, kekecohan itu cukup memalukan kerana disaksikan oleh satu dunia sehingga membuatkan Peguam Negara melemparkan kenyataan pedas terhadap penyokong yang dilihat seperti tidak bertamadun.
Situasi di luar mahkamah pada Rabu lalu bertukar menjadi kecoh apabila penyokong bekas Perdana Menteri itu mendesak Peguam Negara untuk bercakap menggunakan bahasa kebangsaan, Bahasa Malaysia.