Pelakon Indonesia, Jefri Nichol berkata dia mahu mengahwini kekasihnya Ameera Khan serta menyifatkan pempengaruh itu mempunyai ciri-ciri isteri idaman.
Menerusi perkongsian di TikTok, Jefri berkata dia sudah bersama Ameera sejak Januari dan sedang mengumpul duit untuk memperisterikan kekasihnya itu.
BACA: Unfollow Di IG, Ameera Khan & Jefri Nichol Sudah Berpisah?
@ameerakhan_ #part1 oke password nya wifey and husband material cailaa kecintaan banget bang @Jefri Nichol ?? #ameerakhan #jefrinichol #littlemisskhan #lmk #fyp?? #fyp #viralvideo #viraltiktok #fypdong #fyppppppppppppppppppppppp #indonesia
“Kami sudah bersama sejak Januari. Saya ingin mengahwini Ameera. Dia mempunyai ciri-ciri seorang isteri idaman.
“Cuma sekarang saya tengah kumpul duit dulu. Kalau seseorang itu betul-betul jaga perasaan kita, pada saya sudah mencukupi,” katanya.
Sementara itu, Jefri berkata Ameera seorang yang sangat prihatin terutama terhadap keluarganya serta kerjayanya.
“Apa tah lagi kalau dia sering ambil berat tentang kerja dan keluarga saya,” katanya.
SUMBER: Oh Bulan