Sejak semalam tular semula video memaparkan temu bual Fattah Amin bersama Janna Nick dalam satu podcast dimana aktor tersebut ada menitipkan pesanan buat anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya.
Bagaimanapun, tular satu klip apabila ada netizen yang kurang senang apabila Janna selaku hos podcast berkenaan menggunakan perkataan perempuan gila.
BACA: “Daddy Harap Fatima Tak Lupakan Daddy – Luahan Fattah Amin Undang Sebak
Menerusi satu hantaran di Thread, netizen tersebut mempersoalkan tindakan Janna yang menggelar bekas isteri seorang lelaki sebagai perempuan gila.
Netizen itu turut bertanyakan wanita mana yang bangun dari tidur kemudian dengan sengaja memfailkan cerai terhadap suaminya tanpa alasan yang kukuh.
Netizen yang menggunakan akaun musangberjanggut itu turut bertanyakan wanita gila mana yang saggup melihat bekas suaminya hanya diam membisu apabila mendengar bekas isteri dan ibu kepada anaknya digelar perempuan gila.
Turut menjadi perhatian apabila netizen itu turut bertanyakan jika suatu hari nanti jodohnya tidak berpanjangan dengan suami adakah dia juga perempuan gila?
Perkongsian individu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen lain yang mengecam tindakan Janna itu. Malah, ada yang mempersoalkan siapa yang mengambil Janna sebagai hos serta kesal dengan perkataan digunakan aktres itu terhadap Fattah Amin.
Sementara itu, ada juga yang mengerti apa yang diperkatakan Janna itu berdasarkan konteks dari pemikiran lelaki selepas bercerai namun penggunaan perkataan ‘perempuan gila’ oleh Janna Nick itu tidak sesuai.
SUMBER: Thread