Umum mengetahui, pelakon dan pengacara Janna Nick baru saja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-30 pada 1 Jun lalu.
Menerusi hantaran di TikTok, Janna berkongsikan dia membeli jam tangan mewah jenama Rolex buat dirinya sempena hari kelahirannya itu.
BACA: Janna Nick Dikecam Gelar Bekas Isteri Sebagai Perempuan Gila
@jannanickofficial Unboxing my first ever ROLEX! #rolex #unboxing #bukanparcelbiasabiasa #notsponsored
“Ini Rolex pertama saya. Ini bukan parcel biasa-biasa. Hari ini saya nak unboxing jam Rolex pertama saya. Saya beli Rolex ni beberapa hari sebelum hari jadi saya.
“Ini adalah hadiah untuk saya sendiri. Sebab saya tak tahu nak beli apa untuk hari lahir saya,” katanya.
Sementara itu, Janna berkata dia bukan seorang penggemar jam dan dan sudah tiga minggu membelinya namun tidak memakainya lagi.
“Saya seorang yang tidak pandai menghargai jam, suatu hari kalau saya nak jual preloved, orang akan tahu jam saya memang tak pernah pakai. Saya dah beli jam ni tiga minggu tapi tak pakai lagi, sebab saya memang tak suka jam.
“Saya rasa Rolex ni masa nak beli je akan excited, tapi bila dah dapat, akan rasa ‘biasa je nyah’. So, kita simpan sahajalah,” katanya.