“Janji Helok, Tinggi” – Cik Epal Tak Kisah Jodoh Dengan Lelaki Muda

Selepas bercerai pada Oktober tahun lalu, pempengaruh media sosial Cik Epal mengakui ada lelaki yang mencuba nasib untuk mendekati dirinya.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Cik Epal berkata dia tidak kisah seandainya bertemu jodoh dengan dengan lelaki lebih muda atau lebih tua daripadanya.

BACA: “Aku Tak Akan Baik Dengan Penyondol Rumah Tangga Aku” – Cik Epal

Cik Epal berseloroh berkongsikan ciri lelaki pilihannya seorang yang mempunyai fizikal tinggi, rupa paras menarik, mempunyai agama serta seorang yang matang.

“Yang kelakarnya, yang nak try aku sekarang ni semuanya muda muda.  Tapi aku memang spesis tak kisah tua ke muda ke. Janji helok, tinggi, ada agama, matang dan cerdik,” tulisnya.

Bagaimanapun, Cik Epal berkata dia belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat kerana mahu memberi tumpuan pada perniagaannya.

“Nak kawan boleh je. Aku tak ada rasa lagi nak kahwin dalam masa terdekat. Aim aku nak bagi makaji hg dan pizza mendonia meroket dulu,” katanya.

SUMBER: Astro Gempak

×