fbpx

“Janganlah Cerita Cinta Je, Cuba Pula Topik Kemanusiaan & Perjuangan”

Melihatkan banyak drama yang sering disajikan diadaptasi daripada novel kisah cinta, penerbit terkenal Datuk Yusof Haslam berharap stesen TV mengubah mentaliti.

Memetik laporan Harian Metro, Yusof berkata stesen TV perlu cuba untuk mengubah mentaliti penonton daripada mengejar rating semata-mata.

BACA: Yusof Haslam Dilantik Kali Kedua Pantau SPRM Bantu Tangani Rasuah

“Banyak karya novel mengenai kemanusiaan, orang kampung dan perjuangan anak-anak Felda misalnya. Stesen TV kena cuba dan ubah mentaliti untuk ‘sogok’ kisah sebegitu kerana penonton jemu dengan kisah cinta.

“Saya bukannya anti cinta tapi banyak lagi kisah-kisah novel yang bagus untuk dijadikan drama atau filem. Memang susah nak puaskan hati penonton dan ia terlalu subjektif.

“Kenalah buat sesuatu kerana di Barat, karya selain cinta sangat sukses. Stesen TV boleh berbincang dengan pihak Dewan Bahasa Pustaka (DBP) misalnya untuk buat drama daripada novel,” katanya.

Dalam pada itu, beliau percaya bahawa pengarah juga memainkan persanan untuk tampilkan kreativiti terbaik dengan mengolah kisah novel agar lebih menarik penonton.

“Untuk pastikan kejayaan sesuatu adaptasi, itu memang kerja pengarah untuk memastikan corak penceritaannya tidak tepu,” katanya.

Ujarnya lagi, beliau melihat pengarah, Osman Ali memiliki kelebihan itu serta menyifatkannya seorang yang bijaksana.

“Dia ada kebijaksanaan, penghayatan dan meruntun jiwa dalam pengarahannya. Apabila bezakan dengan novel, memang bagus olahannya.

“Penulis novel juga perlu bertoleransi dalam hal ini untuk beri kebenaran bagi menokok tambah elemen komersial. Apapun, elemen itu mesti ada untuk tarik penonton,” katanya.