Pengarah Datuk Yusof Haslam mendoakan yang terbaik buat Syamsul Yusof susulan hangat diperkatakan mengenai berita perceraian anaknya itu dengan Ira Kazar.
Memetik BH Online, Yusof berkata dia terkejut dengan berita berkenaan dan mereka sekeluarga tidak menganggap ianya berita yang menggembirakan.
BACA: “Jika Benar Berita Ini, Saya Amat Bersyukur” – Datin Patimah
“Saya cakap terus terang, ada orang kata kami anggap ia berita gembira, tapi sebenarnya tidak. Apa yang berlaku adalah ketentuan Allah.
“Jadi, jangan salah faham. Saya tidak tahu dan sudah lama tidak berhubung dengan dia, begitu juga dengan emak dia. Memang saya terkejut, tapi apa juga yang terjadi, saya doakan yang terbaik untuk semua pihak.
“Jangan kata saya tepuk tangan. Demi Allah tiada niat dan saya pun tak tahu perkara ini berlaku. Biarlah masa dan keadaan yang menentukan apa yang akan berlaku,” katanya.
Dalam pada itu, Yusof berkata isterinya, Datin Patimah Ismail sudah lama reda dengan apa yang berlaku serta mengatakan kenyataan isterinya itu disalah tafsir.
“Dengan saya pun isteri senyap sahaja, tapi jangan ingat kononnya dia gembira. Isteri saya bukan apa, dia reda dengan apa yang berlaku dan nak kata ia menggembirakan kita, tidak. Jadi, jangan salah faham sebab ada yang dikatakan oleh isteri saya, ada yang dimanipulasi,” katanya.
SUMBER: BH Online