“Jangan Ejek Nada, Dia Cantik Sempurna, Bukan Anak Luar Nikah”

Isteri kepada pelawa Shuk Sahar iaitu Fara Salleh dilihat ada memuat naik gambar memaparkan sijil kelahiran anaknya, Elaine Nada serta mempersoalkan akibat tidak mendaftarkan pernikahan mereka.

Sementara itu, dalam satu perkongsian Fara berharap anaknya tidak menjadi bahan ejekan apabila masuk di alam persekolahan kelak susulan kontrversi terpalit dirinya dan suami.

BACA: “Perut Aku Kena Siat 7 Lapis, Tak Nak Datang Tengok Ke?” – Fara Salleh Titip Pesan Buat Ibu Bapa Shuk 

Menurut Fara lagi, dia bimbang jika anaknya terkena tempias susulan apa yang berlaku namun dia akan sentiasa melindungi anaknya itu.

“Nanti kalau Nada satu sekolah dengan anak korang, jangan lah ejek dia. Dia sempurna, cantik. Dia bukan anak luar nikah. Dia ada keluarga yang lengkap sebelum ini tetapi sekarang lebih lengkap.

“Cuma silap pada mak ayah dia, Nada terkena tempias. Tapi jangan risau, Nada ada saya yang akan sentiasa lindunginya. Ajarlah anak korang bab ini. Jangan ejek-ejek anak orang,” katanya.

Sementara itu, Fara berkata dia sudah berusaha sehabis baik untuk menuntut keadilan kepada anaknya, namun mendakwa suaminya yang tidak memberikan kerjasama dalam urusan mahkamah.

“Saya bukan tidak berusaha menuntut keadilan, dua kali naik mahkamah seorang diri. Kali terakhir naik mahkamah 10 Jun tapi dia tak datang, dia pergi bercuti dengan anak-anak yang lain di Sabah.

“Sedangkan notis dia dapat untuk tarikh itu. Jadi bahagian mana yang dia ingin tegakkan sekarang ini? Aku pernah pesan pada dia jangan susahkan anak ini, itu sahaja.

“Kau hanya perlu datang mahkamah sahaja lain semua aku boleh selesaikan. Cuba google balik kes ini viral awal-awal dan masa orang interview aku,” katanya.

Terdahulu, Fara menitipkan pesanan buat ibu bapa Shuk Sahar apabila bertanyakan adakah mereka tidak mahu melihat cucu mereka selepas dia bertarung nyawa melahirkan secara pembedahan.

×