Pelakon Puteri Sarah menasihatkan wanita yang telah diduakan suami agar membuat keputusan yang tidak memudaratkan serta yang boleh membahagiakan diri serta anak-anak.

Menerusi perkongsian di Instagram, Puteri Sarah berkata ramai yang menghantar mesej kepadanya dipercayai mengenai isu hangat suami berkahwin dua.

BACA: Mastura DM Andi Arysil, Buruk-Burukkan Puteri Sarah

“Buat keputusan yang buat apa gembira jika tidak memudaratkan. Sarah? Saya bahagia dengan keputusan saya dan saya masih teguh dengan pendirian,” tulisnya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah turut menitipkan nasihat kepada wanita diluar sana agar tidak mendengar hasutan orang lain dalam membuat keputusan.

“Jangan dengar hasutan orang lain, jangan biar orang lain buat keputusan untuk kita. Fikir apa yang terbaik untuk awak dan anak-anak. Allah SWT ada dengan awak,” katanya.

×