Meskipun sudah bahagia dengan pasangan dan mempunyai keluarga baru, namun kemelut antara pelakon Izreen Azminda dan bekas madunya, Intan Salleh belum berakhir.

Terbaru, Izreen dilihat ada memuat naik perkongsian di Insta Story seolah hilang sabar serta mendakwa Intan hanya ‘berhalusinasi’ bahawa dia menganggu wanita tersebut.

BACA: Izreen Azminda Ajak Intan Salleh Berjumpa

Izreen mendakwa sebaliknya bekas isteri suaminya itu kerap melakukan provokasi dengan sengaja sehingga dia nekad mengambil tindakan undang-undang.

Menerusi Insta Story, Izreen dilihat ada memuat naik tangkap layar bukti yang mendakwa Intan memerli dan menyindir dirinya serta suami.

Izreen turut mendedahkan pihaknya sudah menunjukkan semua bukti provokasi yang didakwa dilakukan oleh Intan kepada peguamnya.

Dalam satu muat naik, Izreen turut memuat naik entri dimana Intan gagal memberikan kerjasama apabila tidak membuka pintu ketika pihak peguamnya tersebut datang untuk memberikan notis mahkamah.

Tambah Izreen lagi, dia tidak pernah mengganggu Intan sepanjang enam tahun mendirikan rumah tangga bersama Ude serta mendakwa Intan ada mencanang cerita tentangnya kepada orang lain.

×