fbpx

Izara Aishah, Adib Khalid Bakal Nikah 17 November

Tahniah diucapkan kepada Izara Aishah dan Adib Khalid yang akhirnya akan menamatkan zaman bujang mereka pada 17 November depan. Menurut Adib, majlis akad nikah itu nanti akan dilangsungkan dalam satu majlis tertutup khusus untuk ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja.

BACA: Izara Aishah Tak Bimbang Saham Jatuh Lepas Kahwin

“Pada masa ini, segala persiapan sedang giat kami lakukan dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Doakan majlis kami berjalan sempurna seperti mana yang kami rancangkan,” katanya kepada Utusan Online.

Manakala bagi majlis persandingan di sebelah pihak pengantin lelaki pula akan diadakan dua hari selepas majlis akad nikah tersebut. Beberapa gambar mereka ketika ‘food testing’ di sebuah hotel termuka di ibu negara juga turut kelihatan di laman sosial baru-baru ini.

Terdahulu pasangan itu telah selamat mengikat tali pertunangan pada Julai lalu, dimana Izara kelihatan manis sekali di dalam persalinan berwarna kuning. Tahniah sekali diucapkan kepada pasangan merpati dua sejoli ini, semoga segala perancangan dipermudahkan. (rtky/w)