Pasti ramai yang masih ingat lagi dengan Raja Dangdut, Iwan Syahwan yang kini sudah meninggalkan dunia dangdut dan beralih ke muzik ketuhanan.
Memetik mStar Online, bapa kepada pelakon Aprena dan Oktovia Manrose itu mendedahkan dia pernah menolak permintaan penyanyi wanita untuk menghasilkan lagu buat mereka.
BACA: Iwan Selalu Tarbiah Aprena & Oktovia, Syukur Sekarang Dah Berhijab
Menurut Iwan, dia tidak menerima tawaran tersebut apatah lagi suara merupakan aurat bagi wanita. Dedahnya lagi, anak-anak perempuanya juga turut meminta membuatkan lagu untuk mereka namun turut ditolak.
“Saya memang akan menolak lebih-lebih lagi ramai penyanyi perempuan yang minta saya buatkan lagu untuk mereka.
“Saya rasa mereka pun faham. Bagi perempuan, suara itu tetap aurat termasuk anak-anak perempuan saya sendiri pun ada yang minta saya buatkan lagu. Mereka pun menyanyi juga. Namun saya tetap berkeras untuk menolak permintaan mereka,” katanya.
Dalam pada itu, Iwan berkata dia tidak mahu lgi mengulangi kehidupannya yang dulu serta berusaha untuk kekal istiqamah mencari keredaan Allah.
“Kehidupan kita ini tidak lagi macam dulu. Allah beri saya sekali sahaja peluang. Sekiranya saya kembali seperti dulu, saya tidak tahu bagaimana keadaan saya. Setakat ini saya mengambil keputusan untuk istiqamah bagi tidak mengulangi kehidupan masa lalu.
“Hidup saya sekarang untuk mencari reda Allah. Semua orang juga seperti itu. Antara mereka yakin atau tidak,” katanya.